Tuesday 17 March 2015

RESEPI TIRAMISU OREO (MUDAH DAN CEPAT)


Bismillahhirrahmanirrahim..
Jom Buat!!!
Bahan-bahan yang perlu ada:
Whipping Cream
Cream Cheese
Oreo Biscuit
Gula
That is all!!!! Mudah kan... Hehehe...
Ini ada formula mudah untuk sukatan bahan-bahan tersebut...
100 : 100 : 1
maksudnya (contoh okay!!!)
100 ml Whipping Cream : 100g Cream Cheese : 1 sudu besar Gula
Faham...???
Biasanya Whipping Cream & Cream Cheese di'pack' dalam 200g/ml atau 250g/ml, yang ada jual kat supermarket la...
Cara-cara:
1. Masukkan Whipping Cream & Cream Cheese dalam satu bekas yang sesuai. Kemudian, kacau sehingga sebati. Nasihat saya, keluarkan dulu Cream Cheese dari peti sejuk terlebih dahulu, sudah senang nak kacau dan mudah untuk sebati. Kalau buat dalam kadar yang banyak, saya sarankan gunalah mesin pemukul kek eletrik tu (rasanya betul dah nama dia macam tu).. Hehehe....
2. Bila dah sebati, masukkan gula sebanyak mana yang anda rasa perlu. Tapi kalau boleh ikut ratio yang saya sarankan kat atas. Kalau tak nak manis sangat, kurangkan gula. Biasalah, orang tua tak makan bende manis-manis sangat. Lepas tu, kacau lagi sehingga gula dah sebati dengan adunan.
Boleh juga guna Cream-O...

Air dah tukar warna sebab dah banyak celup Oreo.

3. Sekarang, ambil oreo dan rendam dalam air masak (air putih) selama 5 saat sahaja... Tak lebih tak kurang... Kita rendam Oreo selama 5 saat sebab kita nak pastikan bila kita makan nanti, Oreo tu tak keras.
Kemudian susun oreo tersebut di dalam satu bekas. Ini adalah sebagai lapisan bawah. Tengok gambar di bawah.
4. Next, ambil adunan Whipping Cream and Cream Cheese tadi dan masukkan ke dalam bekas yang berisi oreo tadi. Jangan masukkan banyak sangat. Sekadar menutup oreo-oreo tersebut sahaja..
5. Bila dah lapiskan oreo tu dengan adunan tadi, buat satu lagi layer oreo macam tadi. Kemudian lapiskan lagi dengan adunan tadi. Maksudnya, buat layer Oreo, kemudian letak adunan, buat layer Oreo lagi, letak lagi adunan... Tak kisah la berapa layer sekali pun. Tapi biasanya 3 layer tu dah memadai....
6. Untuk layer atas sekali tu terpulang kepada anda nak buat macam mana... Seriously... Saya suka hancurkan biskut Oreo tu, then tabur atas layer terakhir... Macam kat bawah!!!
7. Jangan makan lagi.... Better, masukkan dalam peti sejuk selama sehari... Atau setengah hari.... Atau pun... ermmm ikut la nak masukkan berapa hari pun.. Tapi better letak dalam peti sejuk dulu sebelum makan...  Kalau buat malam, esok tu boleh makan... So, kira la berapa jam.... Hehehe....
Maklumat Tambahan:
Biasanya kalau buat 200 gram cream cheese and 200 ml whipping cream akan dapat dalam satu bekas macam kat bawah nie...
Bekas nie agak rendah, biasanya guna bekas yang saiz
macam kat atas tapi lebih tinggi sikit...

Selamat mencuba!!!
Assalamualaikum....
x

No comments:

Post a Comment